Suatu hari nabi Allah Musa a.s. terkena sejenis penyakit.
Apabila kaumnya mengetahuinya, maka mereka bersegera menemui nabi Musa a.s. untuk membantu merawat baginda dengan menggunakan sejenis tumbuhan. "Wahai Musa, kalau engkau berubat dengan ubat yang kami bawa ini nescaya kamu akan sembuh !" kata kaumnya. Namun nabi Allah Musa a.s. menolak permintaan kaumnya itu. "Aku tidak akan berubat sehinggalah aku disembuhkan oleh Allah s.w.t. tanpa menggunakan ubat !" Kaum nabi Allah Musa a.s. pun meninggalkannya setelah mereka gagal memujuk baginda. Setelah sekian lama penyakit yang baginda hadapi tidak juga sembuh - sembuh.
Nabi Allah Musa a.s. tetap bertawakal agar penyakit yang dihidapinya itu sembuh. Ketika nabi Allah Musa a.s. bermunajat, Allah s.w.t. telah berfirman : "Wahai Musa, demi Kemuliaan -Ku dan Keagungan-Ku, Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu". Selepas mendapat wahyu itu, nabi Allah Musa a.s. bergegas meminta kaumnya mengubati beliau menggunakan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah s.w.t. maka sembuhlah penyakit yang baginda hadapi itu. Namun begitu nabi Allah Musa a.s. masih kurang senang kerana tumbuhan itu menyembuhkan penyakitnya.
Allah s.w.t. berfirman lagi : "Wahai Musa, apakah kamu menghendaki AKU batalkan hikmah-KU dengan tawakalnya engkau kepada-KU !". Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuhan - tumbuhan itu untuk memberi menafaat kepada sesuatu. Bukankah AKU yang menjadikannya? "
Nabi Allah Musa a.s. berasa amat malu mendengar firman Allah s.w.t. itu.
Fahamkanlah saudara saudari ku bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya, kecuali mati.
No comments:
Post a Comment