PENGENALAN
Rumpai liar yang tumbuh merata di kawasan terbiar atau di kebun - kebun. Tumbuh subur terutama ditanah berpasir dan kawasan yang agak redup.
Daunnya bersaiz kurang dari 3 sm. lebar dan 5 sm. panjang. Batangnya agak lembut dan berair serta bunganya berwarna putih.
Tumbuhnya menjalar atau tegak. Kebiasaannya dijumpai di bahagian utara Semenanjung, di kawasan berpasir.
KEGUNAAN
Ia digunakan untuk melawaskan buang air kecil apabila dimakan atau diminum air rebusannya. Kadangkala diguna juga untuk mengubati bengkak dan luka dengan menampalkan daun yang telah dihancurkan.
Daunnya digunakan bersama paku merak seterusnya digosok pada badan untuk mengubati bisa tulang dan sakit - sakit otot.
Dilaporkan juga, akarnya dikunyah bersama pinang mujarab untuk ubat batuk. Jus dari daun untuk merawat mata kabur. Daun juga diguna bersama bawang sebagai sapuan untuk merawat kejang otot.
ARA SONGSANG MERAH
Acanthaceac Asystasia sp. Ara Songsang Merah
Acanthaceac Asystasia sp. Ara Songsang Merah
PENGENALAN
Pokok jenis renek dengan ketinggian 15 sm. Batang berwarna merah dan berdiameter antara 1 - 2 sm.
Daunnya kecil dan kemerahan. Bunganya seperti ekor kucing manakala buahnya melekat dan berduri. Ditemui tumbuh di kawasan padang dan tepi jalan.
KEGUNAAN
Seluruh pokok digunakan untuk mengubati buasir dan najis berdarah dengan cara meminum air rebusan pokok.
ARA TANAH
Euphorbiaceae Auphorbia hirta Linn. Ara Tanah / Susu Kambing
Euphorbiaceae Auphorbia hirta Linn. Ara Tanah / Susu Kambing
PENGENALAN
Herba kecil yang tumbuh melata sebagai tumbuhan liar di kawasan terbiar.Lazim juga ditemui tumbuh di dalam pasu bunga, di atas batas tanaman sayur - sayuran dan di laman rumah sebagai tumbuhan renek.
Ketinggian lazimnya kurang dari 0.3 m. Daun kecil berwarna hijau yang tumbuh terus dari batang dan berbunga antara cabang daun dan batang.
KEGUNAAN
Kegunaannya dalam perubatan pelbagai. Getahnya dititiskan pada mata untuk mengubati ketumbuhan atau sakit mata.
Air perahannya digunakan sebagai ramuan ubat meroyan yang diberikan kepada ibu lepas bersalin. Jus juga digunakan untuk merawat kurap. Pernah digunakan untuk sakit mata.
Nota : Pokok ini dikatakan mengandungi sedikit narkotik.
Labiateae Coleus blumei Benth. Ati - Ati
PENGENALAN
Merupakan pokok herba yang menjadi hiasan di luar atau di dalam pasu.
Ati - ati merah mempunyai daun berbentuk hati, bergerigi dan berbelang hijau di tepi daun dan merah tua serta merah muda di bahagian tengah daun. Bunganya kecil dan berjambak di hujung dahan.
KEGUNAAN
Lazimnya daun dan batang muda digunakan untuk menghilangkan pedih hati dan melicinkan pencernaan makanan.
Ia juga dikenali sebagai ubat perancang keluarga dan ubat titis mata.
BAWANG PUTIH
Liliaceae Allium sativum Bawang Putih
PENGENALAN
Herba berbawang yang tumbuh hingga 30 sm. tinggi. Daunnya panjang dan nipis, berwarna hijau atau merah samar.
Daun dan bawang memberikan aroma yang kuat dan mudah dikenali. Bawangnya berbutir dan boleh dipisahkan.
Pembiakannya dilakukan dengan menanam butiran bawangnya. Ia berasal dari Asia Tengah, tetapi telah membiak ke seluruh dunia. Ia boleh didapati di pasar dengan mudah.
KEGUNAAN
Digunakan dalam pembuatan jamu atau tonik. Bawang putih dipecahkan dan ditempelkan untuk mengubati luka, bisa lipan dan kala jengking.
Bawang putih juga berguna sebagai antibiotik. Berkesan untuk menambahkan peluh, ia juga boleh menurunkan tekanan darah, membuang cacing dan menahan dari terkena kencing manis.
BAYAM DURI
Amaranthaceae Amaranthus spinosus Bayam Duri
PENGENALAN
Batang pokok herba ini berwarna hijau, lembut dan berduri. Mempunyai diameter antara 0.5 - 0.1 sm. dengan ketinggian antara 20 - 30 sm.
Daunnya seperti bayam hijau, manakala bentuk bunga seperti ekor kucing dan berwarna hijau.
Buahnya berwarna hitam dan terdapat di dalam bunga. Sering ditemui dikawasan terbuka dan di tepi jalan.
KEGUNAAN
Kebiasaannya, daun diramas dan dicampur ke dalam air untuk dijadikan mandian bagi tujuan merawat deman campak. Untuk demam panas pula, akar direbus dan airnya diminum untuk mengurangkan panas badan.
Selain dari itu, ia juga digunakan sebagai ubat untuk melawaskan air kencing, bisul, luka, sakit kerongkong, sesak nafas dan penyakit gila.
Akarnya juga digunakan untuk untuk merawat kencing bernanah ( gonorrhea ). Bijinya dijadikan demahan untuk merawat tulang patah.
Nota : Berasal dari Tropika Amerika. Tumbuhan ini didapati mengandungi "saltpetre" iaitu sejenis bahan kimia berwarna putih yang digunakan untuk membuat bahan letupan, mengawet makanan dan sebagai bahan campuran dalam campuran dalam ubatan moden.
BELIMBING TANAH
Geraniaceace Averrhoa spp. Belimbing Tanah
PENGENALAN
Pokok ini bersaiz kecil, jenis pokok herba dan mempunyai batang berwarna hijau dengan ketinggian mencapai 0.5 m dan diameter antara 0.8 sm - 1.0 sm.
Akarnya jenis serabut, daunnya bercabang tiga, sementara bunga berwarna ungu keputihan.
Buahnya kecil kelihatan seperti belimbing berwarna hijau atau hitam, berangkai dan mempunyai rasa masam.
Pokok ini sering ditemui tumbuh meliar di kawasan lembah, tanah yang lembab atau berlumut dan kawasan padang.
KEGUNAAN
Seluruh pokok digunakan untuk mengubati kencing manis, darah tinggi dan sebagai penghalang dahaga. Air rebusan pokok ini diminum tiga kali sehari.
Sementara buahnya dimakan mentah. Buah dari jenis hitam pula digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi.
BEMBAN
Marantaceae Donax arundastrum Bemban
PENGENALAN
Tumbuhan separa herba ini bersifat menjalar atau tegak.
Batangnya mempunyai ruas berwarna hijau dan daunnya seperti daun alpinia, tetapi agak lebar. Akarnya pula mempunyai rizom.
KEGUNAAN
Akar direbus dan diminum airnya untuk menyejukkan badan. Manakala air dari daun atau batang dititiskan ke dalam mata untuk menyegarkan mata. Perahan air dari pucuk yang masih bergulung pula digunakan untuk mencuci mata.